News
News
TOWN HALL MAQASID YB MENTERI DI JPM BERSAMA PEMIMPIN BELIA, MAHASISWA DAN NGO
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Town Hall Maqasid Syariah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama para pemimpin Belia, Mahasiswa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bertempat di Dewan Serbaguna, Podium B, Kementerian Belia dan Sukan.
Sesi Town Hall yang dikendalikan sepenuhnya oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berlangsung selama dua setengah jam bermula 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Turut hadir pada sesi Town Hall ini ialah YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan, YBhg. Dato’ M. Noor Azman bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS dan YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM yang juga menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Program Town Hall ini adalah antara siri jelajah penjelasan dan penerangan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah dalam agenda tadbir urus negara.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370