Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke-22 Tahun 2023
Universiti Malaysia Pahang, Pahang, 4 hingga 8 September 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) peringkat kebangsaan kali ke-22 tahun 2023. Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia peringkat kebangsaan kali ini dan Kontinjen Negeri Terengganu dinobatkan JOHAN keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-22 tahun 2023.
Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA telah disempurnakan pada malam ini oleh YB Encik Fadzli bin Mohd Kamal, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang menjadi wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Turut hadir iaitu YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Yang Hormat Dato’ Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta dif-dif kehormat.
KESSUMA merupakan program tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. KESSUMA kali ini telah berlangsung selama 5 hari mulai 4 hingga 8 September 2023 bertempat di lapangan Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahang.
Objektif program KESSUMA adalah untuk menerapkan nilai kesejahteraan dan kemuafakatan serta silaturahim antara pasukan sekolah-sekolah agama dan sebagai medan melahirkan pelajar-pelajar yang cergas fizikal dan cergas minda serta meningkatkan semangat kesukanan seterusnya melahirkan jaguh- jaguh sukan yang hebat di negara kita. Di samping itu, KESSUMA juga bertujuan menyantuni dan mengiktiraf kerjasama strategik antara JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksana di peringkat Kebangsaan sebagai lanjutan pertandingan di peringkat negeri.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang kerana sudi menjadi tuan rumah dan penyertaan dari 12 buah negeri dengan keseluruhan kontijen melebihi 2300 orang berkampung di bumi TOK GAJAH ini dengan cerianya. Peserta KESSUMA adalah terdiri daripada pelajar-pelajar program KAFA dan Sekolah-Sekolah Menengah Agama yang bernaung di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK).
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahang kerana memberi kerjasama serta membenarkan segala kemudahan digunakan untuk KESSUMA pada kali ini.
Keputusan penuh adalah seperti berikut:
Badminton Lelaki Johan : Terengganu Naib Johan : Kelantan Ketiga : Pahang Ketiga : Perak
Badminton Perempuan Johan : Kelantan Naib Johan : Selangor Ketiga : Negeri sembilan Ketiga : Pahang
Sepak Takraw Johan : Perak Naib Johan : Johor Ketiga : Pulau Pinang Ketiga : Kelantan
Ping Pong Lelaki Johan : Terengganu Naib Johan : Kedah Ketiga : Pahang Ketiga : Selangor
Ping Pong Perempuan Johan : Selangor Naib Johan : Terengganu Ketiga : Kelantan Ketiga : Pahang
Bola Tampar Lelaki Johan : Kelantan Naib Johan : Selangor Ketiga : Perak Ketiga : Pahang
Bola Tampar Perempuan Johan : Terengganu Naib Johan : Kelantan Ketiga : Pahang Ketiga : Perak
Bola Jaring Johan : Terengganu Naib Johan : Negeri Sembilan Ketiga : Pulau Pinang Ketiga : Johor
Bola Sepak Johan : Kelantan Naib Johan : Johor Ketiga : Pahang Ketiga : Perak
Johan Keseluruhan : Terengganu Darul Iman
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.