Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Temu Bual Rancangan Assalamu’alaikum TV Al-Hijrah Peranan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM – YWM

Selasa, 17 Ogos 2021 – YBhg. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM telah berlintas langsung Bersama TV Al-Hijrah dalam slot Assalamu’alaikum yang berkongsi tentang topic Peranan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM - Yayasan Waqaf Malaysia yang telah ke udara pada jam 8.45 pagi hingga 9.00 pagi.

Beliau memulakan bicara dengan pengenalan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM -YWM, adalah hasil cetusan idea YB Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada ketika itu, yang berhasrat menubuhkan Tabung Musa’adah Covid-19 ini, dan seterusnya melancarkan tabung ini pada bulan Mac 2020 di awal peringkat pertama berlakunya penularan wabak atau pandemic Covid-19 yang melanda negara. Tabung ini telah dilancarkan semula buat kali kedua pada 19 Oktober 2020 oleh YB Timbalan Menteri di JPM HEA (pada ketika itu) bagi menyemarakkan kutipan sumbangan daripada orang ramai dan syarikat-syarikat swasta atau GLC bagi memastikan dana tabung tersebut menyusut, dan agihan atau bantuan dapat disampaikan kepada golongan yang terkesan dan memerlukan.

Mengulas lanjut, selain daripada skop bantuan khusus kepada golongan asnaf atau B40 yang terkesan Covid-19 ini, bantuan kepada Petugas Barisan Hadapan Negara, pembelian peralatan hospitaliti dan sebagainya. Tabung ini juga diperluaskan skop bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan musibah-musibah yang lain. Tambah beliau, sumbangan ini juga diberikan kepada rakyat Palestin, Syria dan Somalia yang menetap atau menyambung pelajaran di negara kita khususnya di sekitar Lembah Klang.

Bagi tempoh 17 bulan penubuhannya, Tabung ini telah menerima pelbagai sumbangan daripada Syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi lain tidak terkecuali orang ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang sehingga mencapai kutipan berjumlah RM 13.5juta, dan sebanyak RM 10.2juta telah Berjaya diagihkan kepada para penerima manfaat di seluruh negara.

Penyelarasan serta kolaborasi di antara JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan agensi agama lain dalam mewujudkan gerak kerja bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak atau golongan terkesan pandemik, dalam menyokong usaha kerajaan bagi memastikan tidak ada golongan (memerlukan) yang akan terlepas pandang serta bekalan makanan mereka tidak terputus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga usaha murni oleh semua pihak ini dapat diteruskan, dan mudah-mudahan mendapat keberkatan, keredhaan serta diganjari dengan pahala di sisi Allah SWT.

Peranan Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM 1

Peranan Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM 2

Peranan Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381