News
News
Sijil Tinggi Pengurusan Falak Syarie Tahap 4
Bangi, 9 Ogos 2018 - Kewujudan alam semesta yang indah dan bergerak secara tertib serta harmoni sudah tentu ada Penciptanya. Malah, seluruh jirim langit berjalan mengikut ketentuan Ilahi. Mereka melakukan peredaran penuh ketaatan tanpa bantahan.
Ilmu falak atau astronomi adalah merupakan suatu ilmu yang mengkaji mengenai asal usul, pergerakan saling tindak dan sifat-sifat objek samawi dan alam semester. Ilmu falak syarie mengkaji dalam ruang lingkup yang sama tetapi mempunyai matlamat yang akhirnya mentauhidkan pencipta alam ini, ALLAH S.W.T.
Kluster Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan Sijil Tinggi Pengurusan Falak Syarie Tahap 4 iaitu lanjutan bagi siri-siri sebelum ini. Kursus yang diadakan selama 3 hari dijalankan di Kompleks Falak al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka telah disertai seramai 30 orang peserta terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan JAKIM, Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Pada siri ini, peserta telah didedahkan dengan modul berikut :
- ? Penyelenggaraan teodolite dan pembinaan station
- ? Penggunaan data, memasukkan data dan mengambil data anak bulan
- ? Teleskop: Pengoperasian, penyelenggaraan, penjagaan dan latih amal
- ? Teknik Pengimejan Astronomi
- ? Cerapan
Semoga kursus ini berupaya membantu perkembangan ilmu falak dan membantu menyediakan fatwa atau pandangan hukum syarak dalam perkara agama dan isu semasa yang menimbulkan perselisihan dalam masyarakat dengan lengkap, kemas dan bersistematik sebagai panduan umat Islam di Malaysia.






Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370