Bangi, 25 Mei 17, Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Sijil Tinggi Muamalat (Tahap 2) pada 22 hingga 25 Mei 2017. Kursus ini merupakan lanjutan dari Kursus sebelum ini iaitu Sijil Tinggi Muamalat (Tahap 1) dan dihadiri oleh para peserta kursus yang sama.
Kursus kali ni memberi pendedahan dan penerangan berkaitan perkara-perkara berikut :
Prinsip Asas Perniagaan
Prinsip Asas Ekonomi
Prinsip Asas Perakaunan
Pengenalan Kepada Sistem Kewangan Islam
Institusi Kewangan di Malaysia
Perbankan
Takaful
Koperasi
Pasaran Modal
Al-Rahnu
Antara barisan penceramah yang menyumbang idea dan pengetahuan di dalam Kursus kali ini adalah :
Puan Dalila binti Daud Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban
Encik Abdul Rahman bin Abd Syukur Ketua Pengawasan Syariah, Al-Rajhi Bank Malaysia
Tuan Haji Zakaria bin Mat Jusoh Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Encik Mohd Zul Azri bin Mahat Eksekutif, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
Encik Mohd Izuwan bin Mahyudin Pegawai Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad
Encik Muhammad Hasanan bin Yunus Pengurus Syariah dan Tadbir Urus, Bursa Malaysia Berhad.
Diharapkan agar kursus ini dapat memberi penjelasan dan pendedahan mengenai etika perniagaan, sumber dan institusi perniagaan di Malaysia serta meningkatkan kemahiran peserta mengenai prosedur dan urusan perniagaan berlandaskan Islam.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.