Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal, ILIM telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Dalam Islam pada 20 April 2017 bertempat di Dewan Datuk Syahir, Institut Latihan Islam Malaysia.
Objektif penganjuran Seminar ini untuk memahami konsep asas pengurusan harta berasaskan Syariah, meningkatkan kemahiran kaedah pengendalian harta dan membentuk sikap integriti serta akauntabiliti dalam pengurusan harta berlandaskan syariah Islam.
Seminar ini dihadiri seramai 280 orang peserta yang terdiri dari para pegawai dan penjawat awam dari Kementerian, JAKIM, JAIN, MAIN dan beberapa agensi Kerajaan.
Antara barisan penceramah hebat adalah :
YBhg. Datuk Dr. Mohamed Ghazali bin Md Noor Penasihat Kanan, Tindakan Strategi Sdn Bhd
YBhg. Dr. Mohd Faisol bin Ibrahim Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi Islam & Mualamat, USIM
YBhg. Dr. Noorlizza bt Mohamed Said Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, UKM
Modul Seminar :
Konsep Pemilikan & Urusniaga Harta Dalam Islam
Sumber Pendapatan & Pengagihan Harta Dalam
Harta Sepencarian dan Pengurusan Faraid Mengikut Islam & Undang-undang Semasa Islam
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.