Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Seminar Pemantapan Aqidah Warga OKU

Seminar Kecemerlangan dan Pemantapan Aqidah Warga Orang Kurang Upaya telah diadakan di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Negeri Sembilan pada 19 Julai 2016. Program ini adalah anjuran bersama Jakim dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman tentang peranan aqidah dalam setiap lapangan kehidupan manusia khusus dalam kalangan masyarakat istimewa ini. Walau apa jua keadaan seseorang itu, perkara utama yang perlu diterapkan ialah penghayatan akidah yang membawa seseorang itu untuk mengenal Penciptanya yang akhirnya akan memberi kesan kepada setiap perilaku dan tindakan manusia.

Slot pertama telah dimulakan dengan ceramah bertajuk Memahami Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan Ancaman Terhadapnya yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Slot kedua disampaikan oleh YBhg Ustaz Haji Salleh bin Saad, Ketua Penolong Pengarah Dakwah, Jakim dengan tajuk Akidah Tunjang Kejayaan Dunia dan Akhirat. Manakala slot ketiga dibentangkan oleh YBhg Dr. Ustaz Md Izwan bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim dengan pengisian yang agak santai iaitu Diri Hebat, Kerja Kuat, Rezeki Berkat. Dalam sesi ini, Ustaz Md Izwan mengajak peserta mengenali potensi diri dan kehebatan diri sebagai hamba Allah dan menerima dengan redha atas apa jua kurniaan Allah SWT.

YBhg Dato’ Hj. Ali bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak JHEAIN melaksanakan program ini secara bersama. Ini merupakan satu usaha berasaskan Strategi Lautan Biru (NBOS) bagi memastikan mesej dakwah dapat disampaikan secara konsisten dan sampai kepada sasaran yang telah ditetapkan.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh YBhg Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah JHEAIN. Dato’ Selamat berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memastikan kesinambungan dan jaringan padu antara agensi agama lebih kukuh dalam menyebarkan syiar Islam kepada umat Islam.

Seminar pemantapan akidah oku 1

Seminar pemantapan akidah oku 2

Seminar pemantapan akidah oku 3

Seminar pemantapan akidah oku 4

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368