Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Seminar Maqasid Syariah Perkukuh Pengurusan Taska Berteraskan Nilai Islam

PUTRAJAYA, 20 November 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Maqasid Syariah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program ini menghimpunkan para pengusaha TASKA dari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor bagi memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan pengurusan awal kanak-kanak berasaskan prinsip Maqasid Syariah.

Dalam ucapan perasmian, YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam menekankan bahawa TASKA merupakan institusi penting dalam pembentukan jati diri dan sahsiah generasi masa depan. Beliau menjelaskan bahawa JAKIM telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Garis Panduan Perkhidmatan TASKA Berteraskan Maqasid Syariah bagi memastikan pentadbiran, operasi dan perkhidmatan TASKA selaras dengan lima objektif utama pemeliharaan Syariah. Pendekatan ini turut memberi penekanan kepada pembangunan rohani, emosi dan akhlak kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berlandaskan nilai Islam.

Dalam ucapannya, Pengarah Kanan turut menghargai kerjasama JKM dalam menjayakan seminar ini, yang disifatkan sebagai usaha penting ke arah memperkukuh pendidikan awal bersepadu berasaskan nilai Islam.

Beliau turut menggalakkan semua pengusaha TASKA yang hadir untuk terus memperkukuh amalan terbaik melalui integrasi Maqasid Syariah dalam pengurusan harian, demi memastikan kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak terjamin.

Seminar yang julung kali diadakan ini turut menampilkan sesi perkongsian mengenai amalan pengajaran berasaskan pendekatan tawhidik oleh YBrs. Dr. Puteri Azlian Megat Ramli daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta taklimat berkaitan perkhidmatan TASKA berteraskan Maqasid Syariah oleh YBrs. Puan Zuraini binti Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Maqasid Syariah.
Seminar ini diharapkan dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan TASKA serta menyumbang kepada pembentukan generasi ummah yang lebih berakhlak, sejahtera dan berdaya saing.

Seminar Maqasid Syariah Perkukuh Pengurusan Taska Berteraskan Nilai Islam 01

Seminar Maqasid Syariah Perkukuh Pengurusan Taska Berteraskan Nilai Islam 02

Seminar Maqasid Syariah Perkukuh Pengurusan Taska Berteraskan Nilai Islam 03
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357