Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

RM1.5 juta Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM

YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM pagi ini telah menerima sumbangan dari Bank Rakyat bernilai RM1.5 juta bagi mengisi Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dato' Rosman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat.
 
Turut hadir Puan Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, serta wakil-wakil dari MAIWP.
 
Diharapkan semoga sumbangan ini dapat membantu masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan hingga 14 April 2020 kerana wabak covid-19.
 
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan ke Tabung Musa'adah Covid-19 Jakim bolehlah salurkan ke JAKIM melalui akaun Tabung Bencana, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 16027010001528
 
Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musaadah JAKIM 1
 
Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musaadah JAKIM 2
 
Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musaadah JAKIM 3
 
Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musaadah JAKIM 4
 
Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musaadah JAKIM 5
 
 
#musaadahcovid19
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370