Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

R.I.S.E (Remaja Islam Sentiasa Excellent) Camp kepada Remaja Juvana Negeri Sembilan

NEGERI SEMBILAN, 14 hingga 16 Mac 2023 : JAKIM melalui Unit Bimbingan Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah menganjurkan Program R.I.S.E Camp (Remaja Islam Sentiasa Excellent) selama 3 Hari 2 malam dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKMNS) dan Syarikat Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. bagi menjayakan program ini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Mohd Asri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Turut hadir YBrs. En. Rahmat bin Sahat, Penolong Pengarah Kanan JKMNS. Seramai 43 orang remaja juvana daripada kategori Perintah Bengkel Interaktif dan Asrama Akhlak telah mengikuti program yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Penganjuran R.I.S.E Camp ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bagi membantu dan membimbing komuniti juvana agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan syahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Slot Interaktif yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih dari Komuniti Dakwah Tarbiah, Slot Pengurusan Jenazah oleh JHEAINS, Slot Ceramah Motivasi bertajuk “New Me” oleh JKM dan pelbagai akitiviti luar sepanjang program 3 hari berlansung.

Semoga program ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta sebagai panduan hidup di masa hadapan demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

RISE CAMP N9 1

RISE CAMP N9 2

RISE CAMP N9 3

RISE CAMP N9 4

RISE CAMP N9 5

RISE CAMP N9 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370