Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Training Of Trainers (TOT) Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay Tahun 2024

PUTRAJAYA, 17 OKTOBER 2024 – Seramai 50 orang guru kaunselor sekolah rendah dan sekolah menengah di Putrajaya hadir mengikuti Program Training Of Trainers (TOT) Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay bagi tahun 2024. Program merupakan anjuran bersama Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program dimulakan pada jam 8. 30 pagi dengan kupasan topik 'HIV dan Stigma' yang disampaikan oleh Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Slot kedua pula diteruskan dengan pendedahan mengenai 'LGBT Menurut Perspektif Islam' yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK JAKIM. Disebalah petang para pserta menjalankan slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Ucapan penutup program disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM yang mewakil Pengarah Bahagian. Penganjuran program ini diharapkan mampu memberikan panduan kepada peserta yang merupakan guru-guru kaunselor berkenaan isu HIV dan LGBT menurut perspektif Islam seperti yang terkandung dalam Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay terbitan JAKIM. Peserta diharapkan dapat mempelajari kaedah yang terbaik dalam membimbing dan berhadapan dengan mereka yang terlibat dengan perlakuan LGBT.

tot 1

tot 2

tot 3

tot 4

tot 5

tot 6

tot 7

tot 8

tot 9

tot 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368