Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK) Daerah Hulu Langat Di Masjid Nurul Hidayah Pandan Dalam

Hulu Langat – Seramai 50 orang Klien AADK Daerah Hulu Langat yang di berada di bawah pengawasan hari ini hadir bagi mengikuti Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat yang memasuki siri ke- 9 bagi tahun 2024 ini. Program berlangsung dengan jayanya di dalam ruang solat utama Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pihak JAKIM merakamkan setinggi penghargaan kepada pengurusan Masjid Nurul Hidayah atas kesudian menjadi tuan rumah buat kali ke 2 bagi program ini.

Seawal jam 9.00 pagi para peserta mendirikan solat sunat Dhuha secara berjemaah dan seterusnya mengikuti slot interaktif Terapi Solat yang disampaikan oleh Ustaz Fadhli bin Ahmad yang merupakan Pegawai JAKIM yang bertugas di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Beliau juga merupakan Kaunselor / Fasilitator bertugas di KSK Care Centre JAKIM. Di akhir program , ucapan rumusan dan penutupan disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM.

Semoga usaha dan kerjasama jitu antara JAKIM dan AADK ini akan berterusan dalam membantu secara maksimum kepulihan penuh klien-klien AADK sekalian.


PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 02

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 03

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 04

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 05

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 06

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 07

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL ISLAM 08
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357