Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya

PUTRAJAYA , 17 SEPTEMBER 2023 – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM telah berkerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Daerah Hulu Langat Selangor, Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan Masjid Tuanku mizan Zainal Abidin bagi menjayakan program Terapi Psikospiritual Islam kepada Klien AADK Daerah Hulu Langat Selangor. Program membabitkan seramai 75 org Klien AADK yang sedang menjalani tempoh pengawasan daripada pihak AADK.

Ucapan Alaun pembukaan Program disampaikan oleh YBrs. Dato' Izhar bin Abu Talib, Ahli Lembaga Pemegang Amanah,Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM). Peserta kemudiannya mendirikan solat sunat dhuha secara berjemaah dipimpin oleh imam masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seterusnya peserta mengikuti slot  Makrifatun Nafs yang disampaikan oleh us. Mohd Shukri bin Khamis yang merupakan kaunselor di KSKCareCentre. Peserta kemudiannya mengikuti pula slot Tahsin Thoharoh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustafidurohman bin Mohd Syaroni yang merupakan fasilitator di KSKCareCentre JAKIM.

Melalui penganjuran program ini KSK JAKIM berharap dapat membantu para klien dari sudut terapi kerohanian dan mengukuhkan pegangan agama dalam membantu kepulihan para klien. Semoga program ini juga dapat menyebar luas fungsi masjid dalam membantu masyarakat awam.

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 1

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 2

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 3

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 4

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 5

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 6

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 7

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 8

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 9

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk Daerah Hulu Langat Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358