Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Tafaqquh Kitab Turath Bersijil Tahun 2021 Melabuhkan Tirai

31 Julai 2021 – Seramai 50 orang peserta terdiri daripada pegawai dan pelajar Darul Quran telah menamatkan pengajian Daurah Matan Ummu al-Barahin hari ini. Daurah ini diumumkan tamat seusai ucapan Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh dalam Majlis Perasmian Penutup Program Tafaqquh Kitab Turath Bersijil Tahun 2021 (Daurah Matan Ummu al-Barahin).

Daurah Matan Ummu al-Barahin ini merupakan salah satu daripada tiga Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Darul Quran bagi tahun ini di bawah Program Tafaqquh Kitab Turath Bersijil Tahun 2021. 10 siri daurah yang telah bermula pada 13 Februari 2021 sehingga 31 Julai 2021 ini menggunakan kitab Akidah; Matan Ummu al-Barahin karangan al-Imam Muhammad bin Yusuf bin Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al-Hasani al-Tilimsani. Sementara tenaga pengajar yang dipilih untuk mensyarahkan kitab ini pula ialah Al-Fadhil Ustaz Megat Mohd Zaid bin Megat Azmuddin (Imam Muda Megat) yang merupakan Imam di Masjid As-Salam Bukit Sentosa Rawang merangkap Pensyarah Tasmi’ Jemputan Darul Quran.

Kesepuluh siri daurah ini boleh ditonton kembali rakamannya di saluran Youtube Darul Quran JAKIM melalui pautan-pautan berikut:

Siri 1:
Siri 2:
Siri 3:
Siri 4:
Siri 5:
Siri 6:
Siri 7:
Siri 8:
Siri 9:
Siri 10:
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370