Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah melaksanakan Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi pada 26 April 2024 di Rumah Singgah Teduh Nur Qaseh, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Ihtimam Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan penghayatan Syawal bersama Komuniti Disayangi sekitar Chow Kit.

Program ini dimulakan dengan aktiviti merewang bersama komuniti, pengisian kerohanian, solat berjamaah, penyampaian sumbangan dan wang tunai. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato Hj Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia YBrs Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bah. Keluarga, Sosial dan Komuniti YBrs. Ustaz Hafiz Zabidin, Wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan YBrs. Dr Noralina binti Omar, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Arriqab YBrs. Puan Akmar binti Ali, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Arriqab Raja Azizan Suhaimi, Setiausaha Agung Malaysian Subtance Abuse Council (Masac) / Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dan 300 orang komuniti Chow Kit.

Semoga program kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 01

Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 02

Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 03

Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 04

Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368