Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Rehlah Dakwah (REDAH)

Semporna, 28 Julai - Program Rehlah Dakwah (REDAH) telah dilaksanakan selama tiga (3) hari di tiga (3) buah kampung bermula dari 26 Julai sehingga 28 Julai 2022 oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu. Antara kampung-kampung yang terlibat dalam program tersebut adalah Kampung Sri Indah Jalan Pokas, Kampung Aman Jaya Tagasan dan Kampung Kebun Bunga Batu 3.

Antara pengisian sepanjang program ini berjalan termasuklah Ceramah Khas Agama oleh Encik Abdul Mutalib Abd. Rahim, Pengarah Kampus, Halaqah Ilmu Fardu Ain dan Fardhu Kifayah serta ziarah mahabbah kepada penduduk kampung yang terlibat.

Objektif REDAH ini dilaksakan adalah untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah dan menambah kefahaman Islam kepada masyarakat setempat selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan ILIM dan penduduk kampung. Selain daripada itu, program ini juga adalah bertujuan untuk mempromosikan ILIM Kampus Lahad Datu sebagai institusi latihan yang berperanan dalam menganjurkan program-program latihan berteraskan Islam.

Program Rehlah Dakwah 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1053-program-rehlah-dakwah

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357