News
News
PROGRAM NAZIRAN DAN BICARA INTEGRITI KE JAKIM SABAH
Unit Integriti JAKIM dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Unit Integriti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengadakan Program Naziran dan Bicara Integriti pada 5 hingga 6 November di JAKIM Sabah dan Pejabat Pilihanraya Negeri Sabah (SPR). Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan panduan dan khidmat nasihat berkaitan tadbir urus terbaik (good governance) ke arah meningkatkan penghayatan integriti di kalangan semua warga agensi di bawah JPM dan memastikan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan semasa yang berkuatkuasa.
Program ini dimulakan dengan Slot Naziran pada 5 November 2019. Manakala Slot Bicara Integriti pula diadakan pada 6 November 2019 dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Majdi bin Mohamad Noor, pegawai Unit Integriti JPM dengan tajuk “Integriti Cermin Peribadi” diikuti dengan ceramah kedua yang disampaikan oleh Tuan Awang Shamsul Baharam bin Bongsu, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sabah dengan tajuk “Rasuah: Bilakah akan berakhir?”

Sesi Naziran di JAKIM Sabah




Sesi Bicara Integriti di Bilik Mesyuarat Kedah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 20
- Yesterday 26
- This Week 20
- This Month 320
- This Year 358