Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Masyarakat Berjiran Bersama Muallaf Orang Asli Dan Cina Muslim Pulau Ketam 2015

Pulau Ketam, Klang - Bahagian Dakwah JAKIM melalui Cawangan Dakwah Khas, dengan kerjasama Institut Latihan Islam (ILIM) telah mengadakan Program Masyarakat Berjiran bersama Muallaf Orang Asli dan Cina Muslim di KOA Sungai Dua dan Pulau Ketam, Klang yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Oktober 2015.
 
Jabatan dan agensi kerajaan yang turut serta dalam menjayakan program tersebut ialah Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ), Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Klang/Kuala Langat (JAKOA),  Penggerak Masyarakat Orang Asli Selangor, Pejabat Kesihatan Pulau Ketam, Balai Polis Pulau Ketam serta peserta kursus Sijil Tinggi Pengurusan Sains Dakwah (STPSD 2015).
 
Program tersebut merupakan program susulan yang diadakan oleh pihak JAKIM bersama agensi yang terlibat. Majlis Perasmian Penutup  telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ustaz Majdi bin Mohamad Nor, Penolong Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
 
Program ini juga bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama peserta dan agensi kerajaan. Antara lain juga memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada penduduk setempat. Selain itu ia juga menanamkan rasa cinta dan kasih para peserta terhadap baginda Rasulullah S.A.W. serta meneruskan perjuangan dan dakwah baginda dan juga memperkenalkan dan mendedahkan manhaj dakwah terhadap Orang Asli kepada peserta tentang seminar diadakan
 
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua pihak khususnya Masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pengetahuan Islam serta pengalaman untuk diamalkan di kalangan mereka pada masa akan datang.
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 1
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 3
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 4
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 5
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 6
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 7
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 8
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 9
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 11
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 12
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 13
 
Program Masyarakat Berjiran Muallaf Orang Asli Cina Muslim Pulau Ketam 2015 14
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370