Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 2025

31 Oktober – 2 November 2025 | White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 31 Oktober hingga 2 November 2025 bertempat di White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman Islam yang syumul, serta memperkasakan peranan komuniti dalam usaha mengembalikan mereka ke jalan fitrah. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan termasuk pertandingan hafazan, pertandingan nasyid, tazkirah pendek, kursus sembelihan, dan kursus pengurusan jenazah, selain aktiviti kerohanian dan interaksi komuniti yang menggalakkan penglibatan aktif peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti merancang untuk menganjurkan Mahrajan Komuniti Hijrah Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Menurut beliau, Mahrajan peringkat kebangsaan ini diharap menjadi wadah mengangkat usaha pemulihan komuniti hijrah dalam masyarakat seterusnya menghilangkan stigma negatif terhadap mereka.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak JHEAIPP selaku tuan rumah serta semua urusetia dan peserta yang telah menjayakan program dengan penuh komitmen.

#MahrajanHijrahMadani
#BahagianKSKJAKIM
#JHEAIPP
#WhiteResortBalikPulau

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 01

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 02

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 03

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 04

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 05

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 07

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani 08
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370