Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 (Putrajaya-Pulau Pinang)

PUTRAJAYA, 17-18 SEPTEMBER 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Pembangunan Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah menjayakan Program Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022. Seramai 89 orang peserta konvoi motosikal menyertai program ini untuk menjelajah sejauh 412 km dengan melalui 6 pit stop meliputi negeri Selangor dan Perak dari Kompleks Islam Putrajaya ke Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau Pulau Pinang yang bertujuan mendekati komuniti remaja juvana, LGBT, Orang Yang Hidup dengan HIV serta Orang Kena Pengawasan Dadah melalui tarbiah dan bimbingan secara santai. Majlis Perasmian dan Pelepasan peserta konvoi (Flag Off) telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Hj. Idris bin Ahmad. Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Yayasan Taqwa dan Yayasan Ihtimam Malaysia ini merupakan salah satu usaha untuk melebar risalah menyantuni ummah tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu sahaja bahkan meliputi lapisan golongan komuniti Keluarga Malaysia. Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya gotong-royong pembersihan kawasan perkuburan Islam, pembersihan masjid, menyantuni golongan sasar serta menyampaikan sumbangan dari Yayasan Taqwa kepada golongan sasar, anak yatim serta golongan asnaf. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Hj Tuah bin Ismail, ADUN Pulau Betong, Pulau Pinang. Semoga program ini dapat diteruskan lagi secara berkala dengan kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru ke arah hijrah yang lebih bermakna.

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 1

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 2

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 3

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 4

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 5

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 6

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 7

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 8

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 9

Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Putrajaya Pulau Pinang 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370