Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Bantuan Tabung Musa’adah Covid-19 di Perak

21 Ogos 2021, Sabtu 3.00 petang – Destinasi akhir di Zon Utara, Team SIC Dakwah agihan bakul makanan berkunjung ke Negeri Perak. Majlis ringkas simbolik penyerahan kepada Pegawai Takmir Perak dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) telah diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh, Perak. Program ini adalah kerjasama antara JAKIM, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Perak.

Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 (TMC-19) telah disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM kepada YBhg. Dato’ Mohd Yusop bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk 100 pekbakul makanan untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Dalam pada itu, Team SIC Dakwah JAKIM bersama pihak JAIPk turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 2 buah rumah asnaf di Kampung Sri Kinta dan Taman Pengkalan Jaya Perak.

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 di Perak 1

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 di Perak 2

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 di Perak 3

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 di Perak 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370