Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Persidangan Tahunan International Halal Authority Board (IHAB) kali pertama

Putrajaya, 3 April 2018 - Lembaga Autoriti Halal Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Halal Authority Board (IHAB) adalah merupakan satu lagi inisiatif di bawah Majlis Halal Malaysia yang diterajui oleh JAKIM.

IHAB adalah platform terbaharu yang meletakkan objektifnya ke arah pengharmonian sistem dan standard halal yang pelbagai di dunia.

Selain memberi fokus kepada pengukuhan dan pengiktirafan, IHAB turut bertindak sebagai fasilitator dalam mempromosikan pemeteraian persefahaman dalam kalangan anggota.

Bertemakan “Halal Connecting The World” , Persidangan Tahunan IHAB kali pertama ini melibatkan penyertaan pihak autoriti halal daripada hampir keseluruhan 69 Badan Pensijilan Halal dari 42 buah negara.

Tiga kertas kerja telah dibentangkan. Pertama oleh Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Iaitu Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, yang bertajuk International Halal Authority Board (IHAB): An Introduction.  Kertas kerja kedua oleh Encik Ridzwan Kasim dari Jabatan Standard Malaysia bertajuk An Update on Malaysian Standards on Halal . Manakala kertas kerja ketiga telah dibentangkan oleh Puan Farah Al Zarooni dari International Halal Accreditation Forum bertajuk Establishing the Global Confident in Halal Market.

Perasmian persidangan tahunan ini telah disempurnakan oleh YBhg.Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dengan berakhirnya International Halal Authority Board General Assembly, maka berakhirlah MyHA 2018. Semoga Persidangan Halal Antarabangsa Malaysia ini memberi manfaat kepada ummah dan seterusnya meningkatkan imej pensijilan halal Malaysia agar terus unggul di persada dunia.

 

GAMBAR IHAB GA 03042018

GAMBAR IHAB GA 2 03042018

GAMBAR IHAB GA 3 03042018

GAMBAR IHAB GA 4 03042018

GAMBAR IHAB GA TAMBAH 03042015

GAMBAR IHAB GA TAMBAH 2 03042018

GAMBAR IHAB GA 6 03042018

GAMBAR IHAB GA 7 03042018

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357