Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil.2/2015

Kuala Lumpur, 21 Safar 1437H bersamaan 3 Disember 2015M, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) telah menyampaikan perutusan sempena Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil.2/2015. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi agama khususnya  Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam  membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Beliau juga berkongsi beberapa perkara  sebagai ingatan semua ahli persidangan seperti cabaran agensi agama melalui media baharu, ancaman terhadap kesucian Agama Islam, pengurusan wakaf di Malaysia, pemerkasaan Darul Quran dan lain-lain lagi. Sebanyak 3 kertas makluman telah dibentang dalam persidangan pada kali ini.
Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil.2/2015 ini telah diadakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Persidangan yang dipengerusikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut disertai seramai 8 orang Pengerusi Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri. Turut hadir juga YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha persidangan, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia, agensi-agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam, wakil Kementerian Kewangan, wakil Jabatan Hal Ehwal Khas dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan yang bermula jam 10.30 pagi telah ditangguhkan pada jam 1.05 tengah hari.
 
 
Persidangan Pengerusi Jawatankuasa HEI Bil2 2015 1
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bergambar bersama-sama
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia
 
Persidangan Pengerusi Jawatankuasa HEI Bil2 2015 2
Persidangan sedang berlangsung
 
Persidangan Pengerusi Jawatankuasa HEI Bil2 2015 3
Suasana semasa persidangan berlangsung
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370