Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen Gagasan Kalimah Tayyibah

PUTRAJAYA, 25 Februari 2025 – Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen Gagasan Kalimah Tayyibah (GKT) telah berjaya dilaksanakan di The Everly Hotel, Putrajaya. Persidangan ini bertujuan mendapatkan sumbang saran dan percambahan minda daripada pakar-pakar pelbagai bidang bagi memperkukuhkan kerangka strategi pelaksanaan GKT dalam memperkasakan tadbir urus hal ehwal Islam mekar dibumi Malaysia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Seramai 30 peserta telah menghadiri persidangan ini, terdiri daripada Ketua-ketua bahagian JAKIM, Pegawai Kementerian Perpaduan, wakil agensi agama di bawah Menteri Hal Ehwal Agama, barisan pensyarah universiti serta wakil Institut Perguruan Islam.

Persidangan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, YBrs. Puan Zuraini binti Yahaya. Seterusnya, sesi pembentangan disampaikan oleh tiga tokoh utama dalam bidang berkaitan:

"Gagasan Kalimah Tayyibah Untuk Kesejahteraan Ummah" – Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Pengerusi Markaz Al Qarahdaghi.

"Penghayatan Kalimah Tayyibah Pemacu Masyarakat MADANI" – Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi, Pensyarah IPGM Kampus Bangi.

"Pembudayaan Kalimah Tayyibah dalam Interaksi Sosial" – Puan Zarina binti Zakaria, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan.

Pada sesi petang, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam sesi diskusi berkelompok bagi mendapatkan input tambahan terhadap dokumen yang sedang dibangunkan. Diskusi ini bertujuan memastikan dokumen GKT dapat dibangunkan dengan lebih komprehensif dan berdaya saing.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan ke dalam pelan tindakan yang kukuh bagi merealisasikan penghayatan Kalimah Tayyibah dalam masyarakat dan negara.


Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen 01

Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen 02

Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen 03

Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen 04

Persidangan Meja Bulat Pembangunan Dokumen 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 35
  • Yesterday 26
  • This Week 35
  • This Month 335
  • This Year 373