Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Ruju’ (KPNCR) Bersama Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (KPJKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Kali Ke-16 Tahun 2025
25 September 2025 / 3 Rabiul Akhir 1447H l Hotel Ibis, Melaka
MELAKA | JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Ruju’ (KPNCR) bersama Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (KPJKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Seluruh Malaysia Kali Ke-16 Tahun 2025 dengan kerjasama Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai penganjur utama.
Persidangan KPNCR & KPJKSN/MSN dipengerusikan secara bersama dengan YA. Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Persidangan ini menjadi platform penting untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran dan pengurusan nikah, cerai dan ruju’. Ia juga bagi mendapatkan maklumat, serta penyelarasan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Kehakiman Syarian Negeri bagi perkara yang berkaitan. Dihadiri oleh para Ketua Pendaftar NCR dan Ketua Pendaftar JKSN/MSN dari seluruh Negara serta wakil.
Persidangan ini telah membentangkan satu kertas makluman yang bertajuk ‘Berkaitan Isu-isu Perkahwinan dan Perkembangan Pembangunan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP)’ oleh Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementeraian Dalam Negeri (KDN).
Persidangan kali ini telah diadakan di Hotel Ibis, Melaka dengan kehadiran seramai 44 orang ahli persidangan termasuk urusetia.
#??????????????
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.