Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Persatuan Rakan Strategik MIHA (MIHA Partners Association (MPA)) Bersama JAKIM Membangunkan Industri Halal

MPA akan menjadi tulang belakang JAKIM melalui Malaysia International Halal Academy (MIHA) dalam melaksanakan program pembangunan kapasiti halal sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa. Demikianlah antara janji MPA dalam mesyuarat kali pertama bagi sesi 2019 - 2021 yang dipengerusikan oleh presidennya, Dr. Khairil IsmaHafiz yang telah berlangsung di Pejabat Majlis Halal Malaysia pada 10 Januari 2019.

Mesyuarat kali ini turut menjemput En Mohd Amri Bin Abdullah untuk bersama-sama memberi input terbaru berkaitan MIHA dan juga menjelaskan harapan MIHA terhadap penglibatan MPA di dalam bidang penglibatan pembangunan kapasiti halal global.

Mesyuarat juga turut membincangkan tentang perincian perlembagaan MPA dan juga garis panduan yang bakal ditetapkan kepada Rakan Rakan Strategik MIHA yang akan bernaung dibawah MPA.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam itu dimulakan dengan penyampaian amanat oleh En Mohd Asri Bin Abdullah selaku Ketua Penolong Pengarah Majlis Halal Malaysia. Semoga Halal Malaysia terus unggul di persada dunia demi kesejahteraan umat sejagat.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLilAlamin

BERITA MIHA MHM 10012019 UTAMA

BERITA MIHA MHM 2 10012019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370