Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pengajian Kitab Turath (Falak)

Bangi, 5 Julai – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Pengajian Kitab Turath (Falak) secara dalam talian kepada pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Jabatan/Pejabat Mufti, JAIN, MAIN dan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program ini mengandungi empat (4) siri dan telah dilaksanakan sebanyak dua (2) siri iaitu pada 17 Jun 2021 dan 2 Julai 2021 melalui medium Google Meet. Seramai 44 orang peserta telah mengikuti pengajian kitab ini.

Pengajian kitab ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pakar rujuk dan mengetengahkan lebih ramai Pegawai Hal Ehwal Islam yang berkepakaran dalam pengajian kitab turath (falak). Kitab yang digunakan adalah kitab Ilmu al-Mawaqiti wa al-Kiblati wa al-‘Ahillati (Ilmu Waktu Solat, Arah Kiblat dan Hilal) yang dikarang oleh Dr. Solahuddin Ahmad Muhammad Amer, Imam dan Khatib di Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait. Penentuan waktu-waktu solat telah dikupas secara mendalam di dalam setiap siri ini oleh penceramah pengajian kitab, Ustaz Nik Abdul Rahman bin Mustapha, Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pengajian kitab ini telah membahaskan dua perspektif dalam menentukan waktu solat, iaitu perspektif alim-ulama’ fuqaha’ yang bersandarkan hadith sebagai dalil utama, dan perspektif ulama’ falak dalam membuat kiraan waktu-waktu solat berkenaan. Kedua-dua perspektif ini menyumbang kepada kesinambungan ilmu pengetahuan dalam pengajian falak, yang bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dan ‘aqli, menjadikannya sebagai rujukan yang penting terhadap ahli falak khususnya.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai penentuan waktu-waktu solat bahkan mampu meningkatkan kepakaran dalam pengajian kitab falak.

Pengajian Kitab Turath Falak 1

Pengajian Kitab Turath Falak 2

Pengajian Kitab Turath Falak 3

Pengajian Kitab Turath Falak 4

Pengajian Kitab Turath Falak 5

Pengajian Kitab Turath Falak 6

Pengajian Kitab Turath Falak 7

Pengajian Kitab Turath Falak 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370