News
News
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat & Pemakanan Halal Melalui HFR 2019
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Pembudayaan gaya hidup sihat dan pemakanan halal terus digerakkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui penganjuran Majlis Pelancaran Halal Fun Run 2019 yang telah berlangsung di aras 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada 21 Ogos semalam.
Majlis yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan media, pihak industri, rakan-rakan strategik termasuk pelajar-pelajar kelainan upaya dari SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
Turut hadir bersama YBhg. Dato' Paimuzi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI serta pengarah-pengarah bahagian di JAKIM. Pendaftaran HFR 2019 yang menyasarkan 3000 penyertaan telah pun dibuka kepada orang ramai termasuk golongan Orang Kelainan Upaya sehingga 31 Ogos ini di https://www.checkpointspot.asia/halalrun dan akan diserikan dengan penyertaan daripada artis-artis tempatan seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Munif Hijjaz serta lain-lainnya.
#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingPeople
#HalalConnectingTheWorld
#HalalFunRun2019
#HFR2019
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah







Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 30
- Yesterday 26
- This Week 30
- This Month 330
- This Year 368