Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pemakluman Berkaitan Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Bagi Tempoh 2017 - 2019

PUTRAJAYA - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bagi Sesi 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019 telah diadakan di Blok A Jakim, Kompleks Islam Putrajaya yang telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Turut hadir bersama ialah YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan  Perdana  Menteri, YBhg. Dato’ Abibullah Hj Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM  serta ketua-ketua  agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM yang baharu bersama 6 orang ahli lembaga yang lain iaitu YBhg. Dato’ Norhalim Bin Yunos, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Dato’ (Dr) Hafsah Binti Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia,YBhg. Tuan Haji Mohd Yusof Abd Rahman, Pengerusi Permodalan YaPEIM Sdn. Bhd. , YBhg. Encik Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Belanjawan (Sektor Pengurusan Prestasi & Penilaian) , Kementerian Kewangan dan YBhg. Dato’ Hj. Shahlan Bin Ismail, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik  Pejabat YAB Perdana Menteri.

Perlantikan ini adalah selaras dengan peruntukan di dalam Surat Ikatan Amanah  bertarikh 16 Mei 2016,  perenggan 3.1(b). Dengan pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM yang baharu ini, diharap mampu memberi aspirasi  dan membawa YaPEIM ke persada yang lebih gemilang serta mampu menangani persoalan sosio ekonomi ummah dengan lebih inovatif, kreatif dan bersepadu sekaligus usaha ini dilihat mampu mengukuhkan imej institusi Islam di mata masyarakat.

Diharap agar tahun 2017 akan memberi sinar kecemerlangan dan kejayaan yang lebih baik kepada YaPEIM. InsyaAllah.

Yapeim 2

Yapeim 3

Yapeim 4

Yapeim 5

Yapeim 6

Yapeim 7

Yapeim 8

Yapeim 9

Yapeim 1

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 38
  • Yesterday 26
  • This Week 38
  • This Month 338
  • This Year 376