Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelancaran Sistem Smart Murabbi JAKIM 2022

31 Mei 2022 - Majlis Pelancaran Sistem Smart Murabbi JAKIM telah diadakan di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Muhammad Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malayisa (JAKIM), pagi ini. Turut sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim Pengarah Bahagian Pendidikan dan Tuan Abd. Rahman bin Mohid. Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM.

Sistem ini adalah inisiatif JAKIM yang diuruskan oleh Bahagian Pendidikan bersama Bahagian Pengurusan Maklumat bertujuan untuk pembelajaran secara dalam talian melibatkan institusi pendidikan agama meliputi Pendidikan KAFA, Sekolah Agama, Tahfiz, Pengajian Pondok, Madrasah dan Tadika Islam. Diharapkan sistem ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam, khususnya pelajar Institusi Islam di Malaysia untuk pemantapan pembelajaran Islam dengan kaedah elektronik (secara dalam talian).

Pelancaran Sistem Smart Murabbi JAKIM 2022 1

Pelancaran Sistem Smart Murabbi JAKIM 2022 2

Pelancaran Sistem Smart Murabbi JAKIM 2022 3

Pelancaran Sistem Smart Murabbi JAKIM 2022 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368