News
News
Pelancaran Buku Aspirasi Pentadbiran Islam Malaysia Baharu
Perhimpunan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diaksanakan pada 13 Januari 2020 bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya. Bersempena perhimpunan pertama yang diadakan sebagai pembukaan bagi tahun 2020, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan harapan dan aspirasi yang perlu dibawa oleh semua 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tahun ini.
Susulan ucapan yang disampaikan, sebuah buku bertajuk Aspirasi Pentadbiran Islam Malaysia Baharu: Gagasan Ke Arah Masyarakat RAHMAH telah dilancarkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Buku ini memaparkan hasrat dan gerak kerja untuk memperkasakan pentadbiran Islam sebagai agama Persekutuan demi mencapai kemakmuran bersama berpaksikan konsep Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah sebagai pemangkinnya.
Ia juga menggariskan kerangka hala tuju Gagasan Ke Arah Masyarakat RAHMAH meliputi tujuh kluster pentadbiran hal ehwal Islam iaitu Kluster Perundangan dan Kehakiman, Kluster Pendidikan dan Pembangunan Insan, Kluster Dakwah dan Media, Kluster Sosio Ekonomi, Kluster Pengurusan Haji dan Halal, Kluster Pengurusan Masjid dan Kluster Penyelidikan dan Maqasid. Melalui tujuh kluster ini, pelbagai rangka tindakan pelaksanaan telah digariskan untuk dilaksanakan dalam fasa ke-2 bagi tahun 2020 hingga 2022 untuk memacu peningkatan pelaksanaan ke arah mencapai masyarakat RAHMAH.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 20
- Yesterday 26
- This Week 20
- This Month 320
- This Year 358