Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender

Jakim melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK)  telah mengadakan Persidangan  Focal Point Menangani Gejala Sosial Bil.5/2015 pada 21-23 Oktober 2015 bertempat di Concorde Inn KLIA.
 
Objektif utama persidangan ini adalah untuk memurnikan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender.  Objektif pembangunan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender  adalah seperti berikut:
 
  • Memudahkan penyampaian maklumat terkini berkaitan strategi menangani gejala  sosial khasnya isu kecelaruan jantina.
  • Memperkasakan pegawai-pegawai dalam melaksanakan program yang berkesan dalam membendung gejala sosial kecelaruan jantina yang semakin kritikal ketika ini.
  • Membuat penyelarasan program serta kerjasama antara JAKIM,JAIN, Agensi Kerajaan, IPT dan NGO’s dalam menangani isu kecelaruan jantina
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial  Kecelaruan Gender telah digubal oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), KPWKM, LPPKN, KKM, ahli-ahli akademik dan  NGOs  Islam bagi membolehkan peranan yang lebih berkesan dan proaktif dalam membenteras masalah-masalah sosial  khasnya isu kecelaruan gender yang melibatkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
 
Maka diharapkan setiap program menangani gejala sosial yang dilaksanakan oleh semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta/NGO di seluruh negara akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, kemas, berstrategi dan selari dengan Indeks Syariah Malaysia.
 
Terdapat 4 Teras strategi Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender . Butirannya sebagaimana dibawah:
 
  • Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan insan.
  • Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang mengutamakan perspektif keluarga, sosial dan komuniti.
  • Menyedia dan memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga, sosial dan komuniti mudah diakses atau dicapai dan;
  • Menyedia modul dan melaksanakan kajian keberkesanan program kepada golongan sasar yang melibatkan masyarakat terpinggir dan berisiko tinggi.
 
Ahli persidangan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Jabatan Agama Islam Negeri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam , badan bukan kerajaan dan bahagian-bahagian di Jakim.
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender 1
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender 2
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender 3
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender 4
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender 5
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender 6
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370