Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelajar USIM – Darul Quran Membawa Misi Besar Ramadan Ke Jepun

Seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Sunnah dengan Kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dikendalikan oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Muhammad Fawzan bin Mohammad Najib (Semester 3), telah diberi kepercayaan untuk menggalas amanah sebagai imam sepanjang bulan Ramadan di Osaka Islamic Centre (OIC), Osaka, Jepun.

Penugasan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kemampuan hafazan, penguasaan bacaan serta sahsiah beliau dalam membawa peranan sebagai duta al-Quran di peringkat antarabangsa. Sepanjang berada di sana, beliau akan memimpin solat Tarawih dan dijadualkan mengkhatamkan 30 juz al-Quran sebagai sebahagian usaha memperkukuh syiar Islam serta menyantuni komuniti Muslim setempat.

Pemilihan peserta telah melalui proses saringan temuduga di USIM yang melibatkan seramai 30 calon, namun hanya 11 orang sahaja dipilih untuk menyertai misi tersebut. Antara kriteria penilaian yang diberi penekanan ialah ketepatan dan kelancaran bacaan al-Quran serta kekuatan dalam mengekalkan hafazan 30 juz secara konsisten.

Penugasan ini turut mencerminkan peranan institusi tahfiz negara dalam melahirkan generasi huffaz berwibawa yang mampu menyumbang kepada masyarakat global serta mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Pelajar USIM Darul Quran Membawa Misi Besar Ramadan Ke Jepun 01


Pelajar USIM Darul Quran Membawa Misi Besar Ramadan Ke Jepun 02
Pelajar USIM Darul Quran Membawa Misi Besar Ramadan Ke Jepun 03

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370