Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelajar Program JAKIM-PSA Selesai Duduki Peperiksaan sesi Januari 2023

11 Januari 2023 - Seramai 29 orang pelajar semester satu, tiga dan lima Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA) telah selesai menduduki peperiksaan bagi sesi Januari 2023. Peperiksaan ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Januari 2023 bertempat di Perpustakaan Ibnu Khaldun serta Bilik GS1 Jabatan Pengajian Am, PSA, Shah Alam. Cawangan Akademik Darul Quran JAKIM telah melantik empat orang pegawai sebagai panel dan seorang pengawas calon bagi melancarkan lagi urusan di pusat peperiksaan.

Untuk rekod, jaringan kerjasama pendidikan tahfiz al-Quran di antara JAKIM-PSA ini telah bermula pada tahun 2017 di mana proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan sepenuhnya di kampus PSA, Shah Alam. Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar PSA di peringkat Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektrik Komunikasi dan Diploma Kejuruteraan Awam.

Seluruh warga Darul Quran JAKIM mendoakan semoga pelajar-pelajar Program Pensijilan JAKIM-PSA terus cemerlang sekali gus dapat menghasilkan graduan teknokrat TVET yang mempunyai kebolehpasaran tinggi, profesional, kamil serta berketerampilan yang berorientasikan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.

Pelajar Program JAKIM PSA Selesai Duduki Peperiksaan sesi Januari 2023
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 45
  • Yesterday 26
  • This Week 45
  • This Month 345
  • This Year 383