Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelajar Oku Darul Quran Sertai Majlis Tilawah Quran Braille 2023

3 Disember 2023 – Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB) 2023 bermula pada 30 November 2023 sehingga 3 Disember 2023 bertempat di Hotel Zecon Kuala Lumpur. Saudara Muhammad Rifaa' bin Hairudzi, pelajar Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran telah mengambil bahagian dalam musabaqah hafazan surah-surah pilhan dan telah mendapat tempat keempat dalam acara tersebut.

Turut terlibat dua orang pensyarah Darul Quran iaitu Ustaz Ahmad Qusairy bin Mat Zizi dan Ustaz Mohd Fakrurrazi bin Abdullah selaku juri pertandingan musabaqah Tilawah Al-Quran Braille secara tarannum dan musabaqah hafazan al-Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh.

Semoga pertandingan ini memberi pengalaman yang berguna buat saudara Muhammad Rifaa' bin Hairudzi dan pelajar-pelajar Program Sijil Asas Tahfiz yang lain amnya.

Braille 2023 1

Braille 2023 2

Braille 2023 3

Braille 2023 4
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381