Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) Jakim

Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) Jakim

(Penilaian 2016 dan Perancangan 2017)

Produktiviti tidak berlaku secara kebetulan.
Ia merupakan hasil daripada komitmen yang dinamik,
perancangan yang berstrategi dan usaha yang terarah.
-       Paul J. Meyer
 
Memaknakan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) Jakim (Penilaian Tahun 2016 dan Perancangan Tahun 2017) pada 9 hingga 11 Januari 2017 bertempat di Ballroom, Hotel Avillion Legacy, Melaka.
 
Seramai 102 daripada 106 orang ahli mesyuarat telah terlibat dalam Mesyuarat kali ini yang terdiri daripada 80 orang pegawaipengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan Jakim. Selebihnya ialah urus setia dan pegawai-pegawai yang berkaitan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim ini bertujuanmenilai tahap pencapaian sasaran kerja strategik Jakim 2015-2019 khususnya bagi sasaran tahun 2016 dan meneliti perancangan sasaran tahun 2017 supaya pelaksanaan program berada pada landasan yang menepati teras strategik.
 
Mesyuarat dimulakan dengan perutusan YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah, diikuti dengan perbincangan maklum balas dan perkara-perkara berbangkit yang memerlukan tindakan segera oleh bahagian-bahagian berkaitan. Agenda mesyuarat disambung dengan pembentangan Laporan Kewangan oleh Bahagian Kewangan, Rumusan Pencapaian SKS Jakim 2016 dan Laporan Pencapaian SKS Jakim mengikut Teras 1 hingga Teras 7 secara keseluruhan sehingga Disember 2016.
 
Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan KPI Bahagian bagi tahun 2017 sebelum pembentangan perancangan setiap teras strategik mengikut sektor yang dimulai dengan Pejabat Ketua Pengarah, Sektor Dasar, Sektor Pembangunan Insan dan Sektor Pengurusan.
YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah mengingatkan agar perancangan perlu mengutamakan outcome dan berimpak tinggi kepada masyarakat dan jabatan, selain ia dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan hal ehwal Islam.
 
Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI kemudiannya mewakili JAWI untuk membentangkan perancangan SKS JAWI 2017 sebagai menutup tirai mesyuarat SKS kali ini.
 
Sebelum mesyuarat ditangguhkan, YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah Jakim menyarankan supaya semua bahagian di Jakim dan JAWI mengoptimumkan sumber yang ada bagi memastikan setiap program dapat mengekalkan impak yang sama, biarpun dalam situasi kewangan yang terhad, namun mesti mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
 
Mesyuarat SKS Jakim 2017 1
 
Mesyuarat SKS Jakim 2017 2
 
Mesyuarat SKS Jakim 2017 3
 
Mesyuarat SKS Jakim 2017 4
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 48
  • Yesterday 26
  • This Week 48
  • This Month 348
  • This Year 386