Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Penyelarasan KAFA Murid Berkeperluan Khas (MBK) Dan Latihan Tahun 2022

Johor, 19-21 JANUARI 2022 Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan kafa murid berkeperluan khas (MBK) dan latihan bagi tahun 2022. Mesyuarat ini telah diadakan di Grand Blue Wave Johor Bharu dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tn.Hj. Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Johor. Ahli mesyuarat ini terdiri daripada pegawai yang bertanggungjawab terhadap KAFA di negeri seramai 26 orang. Selain itu, turut serta juga di dalam mesyuarat ini YBrs. Tn. Hj. Mat Zaid bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Terengganu.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras dan melihat sejauh mana pelaksanaan KAFA MBK di semua negeri seluruh Malaysia serta pelaksanaan latihan kepada guru KAFA oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) yang melaksanakan KAFA. Menjangkau usia 32 tahun pelaksanaan KAFA, JAKIM akan terus berusaha menambah baik KAFA dalam pelbagai aspek antaranya pelaksanaan peraturan KAFA baharu yang telah ditambah baik untuk guru-guru KAFA, pertambahan elaun guru KAFA yang telah dinaikkan kepada RM 1,000, menambahbaik gred perjawatan penyelia KAFA, menambahbaik sistem pinjaman dan pembelian buku teks KAFA, pelaksanaan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK), penyelarasan data dan maklumat KAFA melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), penambahbaikan sistem latihan melalui platform E-Learning dan lain-lain lagi.

Mesyuarat Penyelarasan KAFA MBK Dan Latihan Tahun 2022 1

Mesyuarat Penyelarasan KAFA MBK Dan Latihan Tahun 2022 2

Mesyuarat Penyelarasan KAFA MBK Dan Latihan Tahun 2022 3

Mesyuarat Penyelarasan KAFA MBK Dan Latihan Tahun 2022 4

Mesyuarat Penyelarasan KAFA MBK Dan Latihan Tahun 2022 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370