News
News
Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS), Jakim Kali Ke-93
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Seksyen Syariah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah menganjurkan Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS), Jakim kali ke-93 pada 29 September 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh S.S. Dato Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor, dan S.S. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Osman, Mufti Negeri Pahang dan beberapa ahli panel yang dilantik.
Sebanyak dua kertas hukum dan dua garis panduan telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Segala keputusan hasil perbincangan akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk dijadikan sebagai panduan hukum.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 49
- Yesterday 26
- This Week 49
- This Month 349
- This Year 387