Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jakim Kali Ke-100

Pada 8-9 April 2019 bersamaan 2-3 Sya’aban 1440, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) JAKIM Kali Ke-100 bertempat di Dewan Syura A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. S.S Datuk Hj. Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan turut dihadiri oleh 10 orang panel pakar dalam bidang syariah.

Sebanyak 8 (lapan) kertas telah dibentangkan dalam mesyuarat PPS pada kali ini bagi mendapatkan pandangan syarak terhadap sesuatu isu dan permasalahan dalam memenuhi tuntutan hidup yang serba moden dan kompleks.

Pembentang kertas kajian terdiri daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR), International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Bahagian Penyelidikan JAKIM.
 
MESYUARAT PPS JAKIM KALI KE 100 1
 
MESYUARAT PPS JAKIM KALI KE 100 2
 
MESYUARAT PPS JAKIM KALI KE 100 3
 
MESYUARAT PPS JAKIM KALI KE 100 4
 
MESYUARAT PPS JAKIM KALI KE 100 5
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368