Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 1/2024

24-25 April 2024 | Kota Kinabalu - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 1/2024 bertempat di Menara Kastam, Jabatan Kastam Negeri Sabah.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM dan turut hadir bersama Pengarah BPPPS YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dan semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.

Banyak isu telah dibincangkan antaranya cadangan Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dan perkara-perkara berkaitan penyelarasan pendakwaan syariah. Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah membincangkan berkaitan data dan statistik pendakwaan Syariah serta program-program akan datang bagi Jabatan Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Mesyuarat KPS 1

Mesyuarat KPS 2

Mesyuarat KPS 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 40
  • Yesterday 26
  • This Week 40
  • This Month 340
  • This Year 378