Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) BIL. 2 Tahun 2025

KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bil. 2 Tahun 2025 telah diadakan di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Tujuan utama mesyuarat yang diurusetiakan oleh JAKIM dan KPN ini adalah untuk memperkasa platform strategik keharmonian antara penganut agama di Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI yang bertunjangkan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa HARMONI sedia ada dan ahli-ahli baharu yang mewakili spektrum kepimpinan agama di Malaysia. Pelantikan ahli baharu termasuklah YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran (Felow Kanan IKIM - wakil Muslim), Bishop Ong Sek Leang (National Evangelical Christian Fellowship Malaysia) serta Reverend Dr. Eu Hong Seng (Christian Federation Malaysia - wakil non-Muslim), menunjukkan komitmen Jawatankuasa terhadap keterangkuman perspektif.

Mesyuarat membincangkan beberapa kertas cadangan dan makluman iaitu Pindaan Terma Rujukan (TOR) Jawatankuasa HARMONI, Kertas Makluman Program di bawah Inisiatif Harmoni MADANI oleh KPN dan Kertas Cadangan ASEAN MADANI Interfaith Youth Summit 2025 oleh ABIM. Selain itu, laporan program penting yang telah dilaksanakan turut dibentangkan, iaitu The 2nd International Summit of Religious Leaders 2025 (JAKIM) dan International Interfaith Peace Conference (ACCIN).

Selain itu, YB Pengerusi Bersama turut menyatakan harapan agar perbincangan dapat berlangsung dalam suasana yang terbuka, jujur, dan konstruktif, dengan semangat muhibah yang tinggi. Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini diyakini akan merangka hala tuju strategik yang lebih mantap dan berkesan demi menjamin keharmonian serta kemakmuran negara yang berpanjangan.


Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama HARMONI 01

Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama HARMONI 02

Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama HARMONI 03

Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama HARMONI 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370