Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Awalan dan Penyelarasan Pengurusan Fasiliti dan Penyelenggaraan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama, Bangi Selangor bersama Jabatan Kerja Raya (JKR)

Bangi, 16 Disember 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Fasiliti Dan Penyelenggaraan (FM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama, Bangi Selangor telah diadakan pada 16 Disember 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, Aras 1, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Ir. Muzammil bin Musa dari Bahagian Fasiliti Bangunan Am 1, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR.  Turut hadir sama Pendaftar ILIM, Encik Mohammad Fairuz bin Mohd Nasir, para pegawai JKR dan ILIM.

Mesyuarat pengurusan dimulakan dengan pembentangan maklumat umum bangunan, kerja-kerja penyelenggaraan yang telah siap dan sedang dilaksanakan serta isu-isu berkaitan penyelenggaraan di ILIM Kampus Bangi serta perbincangan berkaitan spesifikasi skop kerja FM : Mekanikal, Elektrikal, Sivil dan Struktur.








Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370