Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Melahirkan Penceramah Media Sosial yang Beretika dan Bertanggungjawab

13 Februari 2023, Kompleks Islam Putrajaya

Kepesatan pengguna media sosial pada hari ini melahirkan ramai pendakwah-pendakwah dan influencer agama. Namun, ramai juga yang menjadikan konten agama sebagai satu ‘ attraction’ menaikkan ‘view’ semata- mata malahan memberi gambaran yang tidak tepat sepertimana ajaran Islam yang sebenar.

Oleh itu, satu perbincangan meja bulat ke penyediaan garis panduan perkongsian berkaitan agama islam di media sosial diadakan bagi membincangkan isu isu berkaitan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Tuan Haji Ruslan Bin Said berserta wakil-wakil daripada kementerian, agensi dan bahagian di Jakim.

Bagi mencapai hasrat tersebut Bahagian Dakwah JAKIM selaku penyelaras ????? ????? ?????????? (RTD) bersama- sama mengadakan perbincangan dengan wakil wakil daripada agensi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Undang-undang, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Penyelarasan dan Penguatkuasaan Syariah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti dan Unit Komunikasi Korporat Jakim.

Garis Panduan yg di wujudkan ini adalah bertujuan untuk memastikan penceramah agama menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 1

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 2

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 3

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370