Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Tautan Mahabbah Saudara Muslim Dan Orang Asli Menutup Tirai Syawal 2019/1440H

JAKIM selaku agensi agama di Peringkat Persekutuan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam di negara ini sentiasa mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Islam kepada saudara Muslim dengan lebih mendalam dan juga kepada non-Muslim dengan lebih dekat.
 
Muallaf pula adalah golongan yang perlu disantuni terutama bagi mendekatkan mereka dengan budaya dan amalan kehidupan sebagai muslim. Justeru sempena bulan Syawal, satu majlis sambutan Aidil Fitri telah diadakan melibatkan kerjasama rakan strategik dan NGO Islam bagi meraikan muallaf daripada pelbagai bangsa dan masyarakat Orang Asli Islam, terutama yang tinggal berdekatan Putrajaya. Selain sama-sama berkongsi sambutan hari raya, program ini juga sebagai satu kaedah bagi menzahirkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat berhari raya setelah sebulan diwajibkan berpuasa.
 
Menariknya program ini turut dihadiri kelompok bukan Islam dan anak-anak yatim serta ibu tunggal sejajar dengan konsep rahmah dan mercy. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Hajah Fuziah bt Salleh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.
 
Objektif utama program ini adalah untuk:

1.1 Pengukuhan kerjasama antara JAKIM, NGO dan agensi-agensi agama dalam pengurusan dakwah kepada muallaf dan bukan Islam.
1.2 Pengukuhan silaturrahim antara agensi agama dengan saudara muslim pelbagai bangsa, dan
1.3 Pembudayaan cara hidup Islam dalam kehidupan saudara muslim.
 
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu nasyid oleh kumpulan Nawal Isyraq, kumpulan nasyid khas oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Kempas, Kuala Langat, Selangor. Paling dinanti-nantikan adalah penyampaian duit raya kepada kanak-kanak dan pastinya menikmati pelbagai juadah yang memikat selera seperti set nasi minyak, sate, rojak pasembor, itik panggang, pau, dim sum dan pelbagai lagi.
 
Majlis Tautan Mahabbah Saudara Baru Syawal 2019 1
 
Majlis Tautan Mahabbah Saudara Baru Syawal 2019 2
 
Majlis Tautan Mahabbah Saudara Baru Syawal 2019 3
 
Majlis Tautan Mahabbah Saudara Baru Syawal 2019 4
 
Majlis Tautan Mahabbah Saudara Baru Syawal 2019 5
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357