Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Semarak Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Orang Asli Pulau Indah, Klang Selangor

27 April 2021 – SELASA. JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta Yayasan Taqwa telah mengadakan Majlis Semarak Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Orang Asli Pulau Indah, Klang.2
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis itu juga turut dihadiri oleh En. Aminudin bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, TimbalanPengarah Operasi JAIS, Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor, Pegawai daripada Yayasan Taqwa serta Batin Kampung Orang Asli Pulau Indah.
 
Pada majlis tersebut telah diadakan penyampaian sumbangan barang keperluan asas kepada 93 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli dan juadah berbuka puasa. Selain dari itu, Syarikat F&N menerusi Skuad Kembara Al Amin turut menyumbang pek penyayang sebagai salah satu daripada program khidmat masyarakat (CSR). JAKIM sebagai peneraju pengurusan hal ehwal islam mengambil inisiatif member sumbangan ini bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan sejak pandemik COVID 19 melanda negara kita.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh sebahagian besar masyarakat orang asli dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
 
Semarak Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli Pulau Indah 1
 
Semarak Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli Pulau Indah 2
 
Semarak Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli Pulau Indah 3
 
Semarak Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli Pulau Indah 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370