Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Perasmian Kem Ibadah Nusantara Kali Ke-3

CAMERON HIGHLAND , 29 SEPTEMBER 2023 - Alhamdulillah, Majlis Perasmian Pembukaan Kem Ibadah Nusantara Kali Ke-3 telah disempurnakan pada pagi ini oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) mewakili Datuk Ketua Pengarah JAKIM. Turut hadir Prof. Dr. Samsul bin Draman, Timbalan Pengarah Kampus UIA Kuantan, dan Tuan Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak dalam menangani isu LGBT. Kem Ibadah Nusantara pada kali ini adalah anjuran bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Persatuan Pelajar Perubatan UIA, dan Persatuan Insaf Pahang, dengan kerjasama beberapa agensi, IPT dan NGO iaitu MARDI, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, USM, USIM, MAIWP, dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Kem yang akan diadakan bermula 28 September hingga 1 Oktober 2023 bertempat di Taman Agroteknologi Mardi, Cameron Highland ini, disertai seramai 123 orang peserta daripada kalangan komuniti disayangi. Kem ini bertujuan memberi kesedaran kerohanian kepada para peserta untuk menginsafi diri tentang hakikat sebenar sebagai hamba Allah, disamping memberi bimbingan fardu ain dan panduan kepada para peserta agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera selari dengan tuntutan syariat.

Semoga pengisian program sepanjang 4 hari 3 malam ini, sedikit sebanyak akan menyuntik semangat para peserta dalam perjalanan mencari redha Allah SWT dan bermujahadah untuk berhijrah meninggalkan laranganNya.

MAJLIS PERASMIAN KEM IBADAH NUSANTARA KALI KE 3 1

MAJLIS PERASMIAN KEM IBADAH NUSANTARA KALI KE 3 2

MAJLIS PERASMIAN KEM IBADAH NUSANTARA KALI KE 3 3

MAJLIS PERASMIAN KEM IBADAH NUSANTARA KALI KE 3 4

MAJLIS PERASMIAN KEM IBADAH NUSANTARA KALI KE 3 5

MAJLIS PERASMIAN KEM IBADAH NUSANTARA KALI KE 3 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370