Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

MAJLIS PENYERAHAN MOCK CHEQUE NEGERI SELANGOR TAHUN 2018

27 Februari 2018 (Selasa) – Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Agama Islam Selangor telah selesai mengadakan Majlis Penyerahan Mock Cheque Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor telah berkenan menerima Replika Cek berjumlah 49,362,084.00 bagi tujuan pembayaran elaun guru Kelas Al-Quran dan Kelas Fardhu Ain (KAFA), guru takmir dan imam di seluruh negeri Selangor. Peruntukan tersebut diserahkan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada Majlis Agama Islam Selangor. Peruntukan ini melibatkan seramai 3, 553 orang guru KAFA, guru takmir dan imam di seluruh negeri Selangor mendapat manfaat daripada Kerajaan Persekutuan.

Manakala sebanyak RM 41, 508.084.00 diserahkan sebagai bayaran imbuhan dan elaun bagi tahun 2018 dan sebanyak RM 7, 854.000.00 juga diberikan sebagai bayaran one-off kepada golongan agamawan meliputi imam, bilal, guru takmir dan guru KAFA di Selangor. Dato' Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan "Bayaran one-off tersebut akan dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada bula Mac ini, manakala baki RM500 pula akan dibayar menjelang Aidilfitri”, katanya selepas majlis tersebut selesai kepada sidang media. Beliau juga menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini yang dilihat jelas menerusi pengumuman Perdana Menteri pada Bajet 2018 yang lalu.

Majlis penyerahan replika cek tersebut turut dihadiri Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor turut mencemar duli untuk menghadiri majlis tersebut. Selain itu, antara tetamu lain yang hadir dalam pertemuan mengadap Tuanku adalah YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid, Mufti Selangor, YBhg. Datuk Harris Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), YBhg. Dato' Mohd Rosli Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor YBhg. Dato' Bakhtiar Bin Hussin, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim TKP Dasar JAKIM dan Puan Hajah Hakimah binti Yusoff, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM. Majlis berakhir pada jam 4.10 petang dengan perjumpaan dengan sidang media.

MMU Selangor 2018 1

MMU Selangor 2018 4

MMU Selangor 2018 2

MMU Selangor 2018 3

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370