Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

MAJLIS PENYAMPAIAN AGENDA 2020 KETUA PENGARAH JAKIM

MAJLIS PENYAMPAIAN AGENDA 2020 KETUA PENGARAH JAKIM
 
JAKIM, 31 Januari – Majlis Penyampaian Agenda 2020 Ketua Pengarah JAKIM telah diadakan pada pagi ini bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya. Majlis ini telah dihadiri seramai lebih 600 warga JAKIM, JAWHAR dan pegawai-pegawai kader JAKIM yang bertugas di kementerian dan agensi luar.
 
Dato’ Paimuzi sewaktu menyampaikan ucapan telah menyatakan ikrar dan komitmen JAKIM tahun 2020 iaitu untuk membumikan agenda RAHMAH. Ikrar dan komitmen ini dizahirkan melalui  10 arahan tindakan bersama sebagai hala tuju strategik JAKIM yang memberi fokus kepada beberapa aspek merangkumi dasar, pengurusan organisasi dan inovasi program JAKIM sesuai dengan perubahan zaman. Selain itu, beliau turut berkongsi 6 karektor  yang perlu ada kepada pegawai JAKIM iaitu Murabbi, Arif, Rahmah, Wehdah, Adab dan Hikmah yang disusun melalui akronim JAKIM ber-MARWAH.
 
Sempena majlis itu juga turut diadakan bacaan Ikrar Integriti oleh seluruh warga JAKIM bagi menyatakan komitmen sebagai penjawat awam di negara ini. Turut berlangsung ialah pelancaran Program Dakwah Media Baharu JAKIM, Penyampaian Surat Pelantikan kepada Skuad Protokol JAKIM serta peraduan Kuiz Kahoot JAKIM.
  
agenda 2020 2
 
agenda 2020 3
 
agenda 2020 4
 
agenda 2020 6
 
agenda 2020 7
 
agenda 2020 9
 
agenda 2020 10
 
agenda 2020 11
 
agenda 2020 12
 
 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) 
31 Januari 2020
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370