Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1443 H Bersamaan 2021 M

Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1443 H bersamaan 2021 M yang telah diadakan pada 20 Oktober 2021 yang lalu di Istana Negara. Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan pematuhan sepenuhnya ke atas SOP yang berkuatkuasa. Keberangkatan tiba baginda disambut YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan YBhg. Datuk Abdul Aziz Jusoh Ketua Pengarah JAKIM.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku berkenan mengurniakan Anugerah Perdana kepada YBhg. Dato’ Dr. Suhaini Kadiman, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN) serta Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Di samping itu, enam (6) individu lagi telah dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul iaitu YBhg. Datin Dr. Paizah Haji Ismail, Mantan Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Tuan Syeikh Haji Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Tuan Haji Alwi Haji Morshidi, Ketua Pengawai Eksekutif HIKMAH Sarawak, Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan, Pengasas Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd Zaini Mat Abas, Pengurus Besar Pondok Spiritual OKU Muslim (PONDOKU) dan Encik Mohd Amin Nasir, Penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tawau, .

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 1

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 2

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 3

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 4

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 5

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 6

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 7

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 8

Majlis Pengurniaan Anugerah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 38
  • Yesterday 26
  • This Week 38
  • This Month 338
  • This Year 376