Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah: Pelaksanaan Dan Aplikasi Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran

Putrajaya, 8 Mac 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Maqasid Syariah telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah: Pelaksanaan dan Aplikasi dalam Pengurusan dan Pentadbiran. Majlis yang berlangsung selama satu jam ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan penerbitan terbaharu mengenai aplikasi Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran selaras dengan kepentingannya sebagai teras dalam Dasar Manhaj Rabbani yang telah diumumkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan bahawa:

“Seluruh pengurusan tertinggi dan kepimpinan setiap agensi perlu cakna terhadap apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid Syariah dan bagaimanakah ia dapat diterjemahkan dalam bentuk dasar dan polisi kerajaan. Kefahaman ini juga perlu dibentuk dalam kalangan warga organisasi agar ia menjadi panduan utama dalam setiap gerak kerja yang berstrategi.”

Majlis yang julung-julung kali diadakan di Perpustakaan JAKIM ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pengarah-pengarah bahagian JAKIM. Majlis ini dimuatkan dengan slot Resensi Buku yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Badri, Maqasid Institute Malaysia (MIM). Beliau telah mengupas buku bertajuk Al-Fikr Al-Maqasidi Qawa’iduh wa Fawa`iduh, karangan Sheikh Dr. Ahmad al-Raysuni. Majlis ini turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook JAKIM dan ditonton oleh 1.6 ribu tontonan.

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah 1

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah 2

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah 3

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah 4

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah 5

Majlis Pelancaran Buku Maqasid Syariah 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370